Kerje-Kerja-Kerja

OMG, ni lah dikatakan rezeki, semalam aku interview kerja gaji ciput. Last-last org tu call kata aku tak layak kerja kat situ, sedih punya pasal hari ni aku dapat tawaran kat tempat kerja sekarang ni as IT Programming. Kepala hotak aku ni dah %^$#*&*!@ kalau korang nak tau…. hehehehe

Tadi bos aku jumpa aku, dia suh aku masuk IT buat programming. Walhal dia tahu yg aku ni tak ada apa-apa pun pengetahuan pasal programming, cuma tau sikit-sikit je la sebab dulu belajar MLVK Pengaturcaraan Komputer kat PTPL. Dia suh aku try dulu sebulan tengok macam mana prestasi aku, kalau ok dia naikkanlah gaji aku, kalau tak ok dia suh aku balik position as Helpdesk. Mungkin dia nampak minat aku dalam bidang programming sebab tu dia kasi aku peluang.

Tapi bos aku ni plak advance sangat. Ada ke patut trial aku dalam masa sebulan nak aku wat programming macam orang yang dah belajar 10tahun yang ada degree MBA bla..bla… walhal aku ni ada SPM je, tapi aku take it as challenge. Boleh tak boleh aku try dulu, buat ikut mana kemampuan aku. So mula dari hari ni aku kene study and word hard. Ingat nak ambik diploma part time la, korang leh tak suggest kan aku kat mana yg bagus?. Aku nak belajar yg instant dan urgent punya, ada tak?.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *