Anugerah terindah yang pernahku miliki

Aku bersyukur ke hadrat Ilahi bahawa aku diberikan kesempurnaan dalam diri ini. Adakah aku betul-betul bersyukur? Mungkin ya mungkin tidak. Aku tahu kemalahan dalam diri ini tetapi aku merasakan Allah maha adil dan maha mengetahui, mungkin ini kekurangan yang aku rasai. Tetapi walaupun aku tahu akan kelemahanku aku tetap mempunyai mak, kakak, adik dan kawan-kawan yang menyayangiku. Aku juga bersyukur kepada Allah kerana memberikan aku kasih sayang abah selama 17tahun. Aruah abah sudah 7 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung, walaupun pada masa itu aku menghadapi rintangan hebat sewaktu tahun menduduki SPM tetapi aku tetap berusaha. Walaupun keputusan SPM aku tidak begitu bagus aku sekali lagi bersyukur kerana sekarang aku sudah boleh memiliki kereta dan apa jua yang aku inginkan sekarang.

Aku baru berusia 23tahun 7bulan dan Oktober 2008 ini genap aku berusia 24tahun. Tidak banyak yang menarik yang perlu aku kongsikan kepada semua. Tetapi aku tetap bersyukur dengan usia ini aku masih hidup dengan sihat dan bertambah sihat hendaknya. Aku seorang yang periang, ramah dan suka berkawan, mungkin sifat aku ini disenangi oleh semua sahabatku. Mungkin tutur kata aku ini pernah menyakiti hari seseorang yang mengenaliku, atau mungkin dari tingkah lakuku pernah mengguris keluargaku. Tapi apakan dayaku sebab inilah aku yang sebenar. Aku tidak dapat menangkis segala perbuatanku. Jika ada yang terasa atau terseksa akibat tingkah laku aku memohon seribu kemaafan dari hujung rambut ke hujung hari.

Kerana kamu semualah anugerah teringah yang tuhan berikan padaku. Ingatlah aku sayang kamu aku cintai kamu aku amat merinduimu.

About Mohd Zaid

Seorang penulis blog yang masih belajar bagaimana untuk menulis blog dengan baik. Saya amat meminati muzik dan gemar bersosial secara berhemah dengan rakan-rakan. Sekiranya anda ingin saya membuat review produk, makanan atau menghadiri sebarang event, sila hantarkan jemputan anda ke email : admin[at]mohdzaid.com atau yedkajang[at]gmail.com
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.